Mudah betul buat biskut raya ni. Resepi viral dalam facebook. Jimat masa dan duit.
Tadaaa....
Biskut cornflakes coklat
-sekotak besar cornflakes
-coklat masakan (tak kisah jenama apa)
-biji warna warni
-hirisan badam (beli dan siap dihiris)
-papercup kecil
Cara buat:
-cairkan coklat masakan atas dapur gas guna kaedah double boil.
-kacau sampai cair. Pastikan bekas isi coklat tu bebas dari sebarang air.
-ramas separuh kotak cornflakes guna tangan. Separuh lagi guna next time.
-campurkan hirisan badam yang telah disangai (goreng@bakar tanpa minyak)
-susun papercup atas dulang
-gaul sebati cornflakes yang diramas, hirisan badam dan coklat yang sudah cair. Coklat biar suam2 je.
-lepas dah gaul rata, boleh isi dalam papercup guna sudu besar.
-tabur manik kecil warna warni yang boleh dimakan, tabur atas cornflakes dalam papercup tadi.
-dah siap semua boleh simpan dalam peti ais selama 2 jam.
-lepas dua jam, cornflakes tadi akan mengeras. So boleh simpan dalam bekas kedap udara.
Resepi aku ni aku tak campur majerin dalam coklat cair tu. Kalau nak letak boleh letak sesudu besar je. Tujuannya supaya coklat cair tadi nampak berkilat.
Assalam. Mamabiha lama dah cari resepi cornflakes tanpa bakar ni. Akhirnya, dpt jgk... sbb kat umah xde oven lagi hihi... bole la buat 2-3hari sebelum raya ni! Hurray!!!
ReplyDeleteTiap2 thn e'in mmg buat biskut cornflakes nie.. Cume thn nie je tak.. Hihi
ReplyDelete