Klik Nuffnang Ads

Thursday, August 31, 2017

Kerabu megi ala yum mama boat noodle

Bahan bahan (untuk 2 orang)

1. 2 bungkus Megi jenama serda
(rujuk gambar di bawah)

2. Setangkai daun ketumbar dihiris

3. 3 ekor sotong dipotong (boleh tukar dengan isi ayam atau sosej atau udang)

4. Cili padi 4 tangkai (apa perkataan yg sesuai tah) potong halus

5. Sebiji bawang holland dihiris nipis

6. 2 biji tomato dihiris kasar

7. Garam dan gula secukup rasa

8. 2 biji limau nipis.

Cara buat:

- rebus megi serda dalam air panas, biar 2-3 minit.

- sotong rebus di atas api dapur
Dah masak boleh toskan dan masuk dalam mangkuk

-hiris cili padi, daun ketumbar, bawang holland dan tomato. Kesemuanya di satukan kedalam mangkuk. (Bahan A)

-potong limau nipis dan ambil perahan limai nipis tersebut dan masuk dalam mangkuk yang sama bahan (A)

- megi serda yang telah ditoskan juga masuk dalam mangkuk bahan (A)

- masukkan perencah megi serda dan sedikit garam dan gula.

- gaul rata kesemua bahan dalam mangkuk tersebut.

- sedia untuk dimakan.



Ni kerabu megi yang dah siap


 Saja nak tayang mangkuk viral beli dekat central market, kl.


Ni rupa megi serda. Kalau guna megi jenama lain, aku tak tahu rasa macam mana.


Daun ketumbar la yang buat rasa die aum aum ya!


  Ni gambar dekat kedai pinggan mangkuk viral tu. 
Harga pinggan mangkuk serendah rm2 hingga ke rm50 je uols!


Nice dan penuh warna warni. Rasa nak beli banyak2 letak dalam almari buat hiasan. Kedai pinggan mangku viral ni terletak di luar central market. (Pintu depan CM tau) Sebelah kiri. Depan kedai ni ada jual sate. Rm10 untuk 6 cucuk (sate ayam, daging dan kambing) sedap juga.

No comments:

Post a Comment