Asalamualaikum
Aku memang rajin beruskan gigi anak aku dari mula dia tumbuh gigi lagi. Bila gigi dan banyak tumbuh, aku mula mencari berus gigi yang mudah untuk aku pegang dan anak aku pegang (nak pula masa dia mengada nak berus gigi sendiri)
Berdasarkan pengalaman aku, aku lebih suka guna berus gigi jenis macam ni. (Rujuk gambar) Sebab kecil molek je. Dan praktikal untuk dipegang. Harga RM 13.++ untuk dua.
Aku biasa beli di Caring farmasi. Di MANJAKU MALL pun ada juga.
Jenama jordan.
Monday, December 31, 2018
Monday, December 24, 2018
RESEPI BISKUT COKLAT CHIP MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 CAWAN BUTTER LEBIH KURANG 230 GRAM
(SAYA GUNA BUTTER TATURA RM9.++ SEKETUL @ 250 GRAM)
SETENGAH CAWAN GULA PERANG (BROWN SUGAR)
1 BIJI TELUR GRED A (KELUARKAN DARI PETI AIS LEBIH AWAL)
1 SETENGAH SUDU TEH ESEN VANILLA (SUDU KFC)
BAHAN KERING DIAYAK TERLEBIH DULU:
2 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 SUDU TEH BAKING SODA (AKU GUNA SUDU KFC)
1/2 SUDU TEH GARAM HALUS
2 CAWAN COKLAT CHIP (AKU GUNA COKLAT CHIP MAHAL SIKIT SEBAB NAK MAKAN SENDIRI DAN PUAS HATI)
ATAU (PILIH SALAH SATU)
2 CAWAN COKLAT M&M
CARA BUAT:
1. mula-mula, panaskan oven 180c
2. satukan butter (aku keluarkan dulu butter dari peti ais dalam 5 minit, nak bagi lembut sikit), gula perang, telur dan vanila dalam mangkuk. Pukul sampai kembang, sebati dan gula hancur)
2. masukkan pula bahan-bahan kering yang telah diayak. Gaul mesra.
3. masukkan pula coklat chip. gaul sebati lagi.
4. aku cubit-cubitkan adunan tadi dan letak atas dulang pembakar.
5. bakar 18-20 minit. api atas bawah. suhu 180c
6. bila dah masak, biarkan dulu sehingga sejuk. lepas tu baru masuk dalam bekas kedap udara.
7 adunan yang tak habis, aku simpan dalam peti ais je. bila nak bakar, aku keluarkan dari peti ais. so far, rangup elok je biskut aku. boleh la tahan seminggu. sebab asyik makan je kerjanya.
Ini contoh gula perang. Sebelah tu contoh cawan aku guna. Guna cawan yang sama je untul sukatan cawan tepung, gula dan butter.
Ini la biskut coklat chip aku tu. Dah tinggal sikit baru nak tangkap gambar. Memang senang sangat buat biskut coklat chip ni rrupanya.
1 CAWAN BUTTER LEBIH KURANG 230 GRAM
(SAYA GUNA BUTTER TATURA RM9.++ SEKETUL @ 250 GRAM)
SETENGAH CAWAN GULA PERANG (BROWN SUGAR)
1 BIJI TELUR GRED A (KELUARKAN DARI PETI AIS LEBIH AWAL)
1 SETENGAH SUDU TEH ESEN VANILLA (SUDU KFC)
BAHAN KERING DIAYAK TERLEBIH DULU:
2 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 SUDU TEH BAKING SODA (AKU GUNA SUDU KFC)
1/2 SUDU TEH GARAM HALUS
2 CAWAN COKLAT CHIP (AKU GUNA COKLAT CHIP MAHAL SIKIT SEBAB NAK MAKAN SENDIRI DAN PUAS HATI)
ATAU (PILIH SALAH SATU)
2 CAWAN COKLAT M&M
CARA BUAT:
1. mula-mula, panaskan oven 180c
2. satukan butter (aku keluarkan dulu butter dari peti ais dalam 5 minit, nak bagi lembut sikit), gula perang, telur dan vanila dalam mangkuk. Pukul sampai kembang, sebati dan gula hancur)
2. masukkan pula bahan-bahan kering yang telah diayak. Gaul mesra.
3. masukkan pula coklat chip. gaul sebati lagi.
4. aku cubit-cubitkan adunan tadi dan letak atas dulang pembakar.
5. bakar 18-20 minit. api atas bawah. suhu 180c
6. bila dah masak, biarkan dulu sehingga sejuk. lepas tu baru masuk dalam bekas kedap udara.
7 adunan yang tak habis, aku simpan dalam peti ais je. bila nak bakar, aku keluarkan dari peti ais. so far, rangup elok je biskut aku. boleh la tahan seminggu. sebab asyik makan je kerjanya.
Ini adunan aku letak coklat m&m
Ini adunan yang tak letak apa-apa
Ini la biskut coklat chip aku tu. Dah tinggal sikit baru nak tangkap gambar. Memang senang sangat buat biskut coklat chip ni rrupanya.
Monday, December 3, 2018
PETUA SEMBELIT KETIKA BERPANTANG
hujung tahun begini mesti banyak orang tengah berpantang kan? Pantang bersalin la, pantang bersunat la. Yang jadi masalah bila tengah berpantang adalah time nak buang air besar. Takut-takut je. So di sini aku sharekan tips untuk mengatasi masalah ini.
1. Makan buah limau sebiji sehari.
2. Minum air masak seperti biasa. (8 gelas sehari)
3. Makan makanan seimbang (gabungan sayur, protien secukupnya)
5. Ambil pil sembelit (beli di farmasi) dapatkan nasihat pakar ya. Bawah RM 10 je
dulu ada orang suruh makan pil ostematrix shaklee untuk sembelit ketika berpantang, aku dah try dulu tapi tak jalan pun. huhu...
Saturday, December 1, 2018
IDEA UNTUK MENGISI MASA KETIKA MUSIM CUTI SEKOLAH
1. Pergi Pusat Sains Negara di Bukit Kiara
2. Melawat Zoo Negara
3. Membaca buku di perpustakaan awam berhampiran
4. Pergi beriadah di taman awam di waktu petang
5. Balik kampung
6. Pergi Muzium Negara
7. Pergi SPLASH WORLD DI MYTOWN (hanya ada pada 22 NOV - 17 FEB 2019)

Harga tiket dewasa RM 25 Kanak-kanak: RM 15 (12 tahun dan kebawah)
Buka setiap hari dari 9.30 pagi to 6.30 petang
layari https://www.facebook.com/SplashWorldMalaysia untuk keterangan lanjut
Saturday, November 24, 2018
REVIEW NANOWHITE INTENSIVE BRIGHTENING SERUM
HARGA: mampu milik. aku beli bawah RM50 di aeon wellness.
BAU: sedap hidung membaunya. tak strong.
KEPEKATAN: Pekat dan setiap kali nak guna perlu goncang dulu ya bagi sekata.
ISIPADU: 30 ml
JANGKA HAYAT: aku pakai sebelum tidur je. so tahan la dalam 4 bulan untuk sebotol. sapu nipis je.
Pendapat aku: serum ni aku dah pakai untuk botol ke-2. setiap kali bangun tidur, selesa dan tak melekit. tidak berminyak juga. tapi agak perlahan la kesan dia pada muka aku. aku tak rasa cerah pun. tapi lepas pakai ni, jerawat kalau muncul cepat je surut.
Kebarangkalian untuk beli kali ketiga? mungkin tidak sebab aku nak try serum lain la pulak. jenama yang sama tapi botol putih tu. aku mula pakai sejak 1 jun 2018.

Thursday, November 22, 2018
SEPHORA BLACK FRIDAY SALE STARTS TONIGH!
jualan di online (website sephora) bermula pada KHAMIS 22.11.2018 jam 10 malam sampai JUMAAT 23.11.2018 11.59 malam manakala di butik pada 23.11.2018 JUMAAT. Ayuh!
Tuesday, November 20, 2018
Aktiviti cuti sekolah 2018
Kuala lumpur
Negeri Sembilan
Kelantan
Melaka
Selangor
Boleh rujuk facebook perpustakaan awam selangor
Tuesday, November 6, 2018
Review Aina Hijab Spray
Aina spray ni apa. Satu family dengan aina serum ke? No no no.
Aina spray ni sejenis penyembur untuk keraskan awning tudung. Kalau pakai tudung satin Ariani ke Ameerazaini ke, dan kadang kala terjadinya bad hijab day korang, patut spray kan di muncung tudung uuols supaya terletak helok.
Botol kecik je. Harga mampu milik. RM10 jur. Bau wangi lembut dan tidak meninggalkan kesan berbelak di tudung.
Lepas sembur benda ni confirm tudung uols menjadi dan mood korang helok je sepanjang masa. Tak payah nak tiup2 bagi tudung tegak helok.
Jangan lupa beli tau.

Saturday, October 20, 2018
Contoh soalan temuduga N29 penolong pegawai tadbir
1. Apa pendapat anda pasal larangan penggunaan straw?
2. Apa itu belanjawan?
3. Lebih kepada minta pendapat tentang isu semasa.
4. 3 kelemahan dalam sistem kerajaan dan cadangan penambahbaikan.
5. nama KSN
6. nama KP JPA
7. nama YDP Agong
8. apa beza mengelakkan cukai dan melarikan diri dari cukai?
9. terangkan bagaimana bajet diluluskan.
10. EPSA tu apa?
11. INTAN tu tempat apa?

Pengalaman menginap di Sri Manja Boutique Hotel, Pahang
Berkonsepkan butik hotel
Ada kafe nampak macam serve untuk breakfast buffet. Dalam bilik ada servis room juga. So boleh la order makan dalam bilik kalau malas.
Ada tempat untuk buat event.
Kolam renang ada tapi seperti
cukup syarat je.
Bilik hotel just nice. Sesuai la untuk tidur. Nak habiskan masa dekat hotel je agak boring kerana tiada kemudahan rekreasi sangat di dalam hotel. Kalau keluar sikit di bulatan kecik kat hujung hotel tu ada la taman rekreasi untuk jogging.
Aku booking di traveloka. Dapat diskaun sikit.
Kalau company nk buat meeting ke bengkel pun boleh kat sini.
Masa daftar di kaunter dapat welcoming biscuit lagi. Aku booking japanesse room. Harga after diskaun aku dapat RM 98.
Depan hotel ada pasaraya. Jalan kaki pun boleh. Sekitar hotel pun ada ada kedai makan. Malam-malam ada macam dataran untuk makan-makan. (Sebelah hotel je wei) tapi buka waktu malam je. Sate hassan tu sedap juga. Belakang hotel tu ada ibu pejabat bomba pahang.
Welcoming biskut
Bilik hotel japan room
Takde katil. Just nice.
Saturday, October 13, 2018
Friday, October 12, 2018
TEMPAT SCAN BAYI DENGAN HARGA BERPATUTAN DI BATU GAJAH
1. Klinik As Salam Bandar Seri Botani
-RM45
-islamik sikit
2. Pusat Pakar Permata Raoofah Silibin
-harga tak tahu. jauh sikit.
3. Klinik Ong Batu Gajah
-RM50
-sebelah hong leong bank
4. Klinik Permai, Sri Iskandar
-harga tak tahu
5.
-RM45
-islamik sikit
2. Pusat Pakar Permata Raoofah Silibin
-harga tak tahu. jauh sikit.
3. Klinik Ong Batu Gajah
-RM50
-sebelah hong leong bank
4. Klinik Permai, Sri Iskandar
-harga tak tahu
5.
Wednesday, October 3, 2018
TEMPAT MAKAN BEST DI PUTRAJAYA
1. FOOD TRUCK PUTRAJAYA
lokasi berdekatan hotel dorsett putrajaya. dan pasaraya hero presint 3. dibuka dari jam 6 petang hingga 11 malam. ada jual nasi moi, air soda herb, takoyaki, nasi goreng, ayam goreng, western food, air jagung sedap, belon dan badut.
my review, kebanyakan makanan disini sejuk. diorang dah masak awal. so tak menarik la bagi aku. harga ok la. Kalau anak ramai better makan dekat kedai. meja kerusi dan tong sampah juga disediakan. setakat nak lepak-lepak ambil angin malam, boleh la. Nak pegi jarang-jarang
Untuk kebersihan terjamin, aku bawa wet tissue dan tisu kotak sendiri.
2. Ayer8
banyak kedai makan kat sini. ada shell out, ada kedai tomyam (tingkat bawah), nasi lan kedah, teh tarik place, aroi thai (thai street food RM1.90), kedai bokitta, pejabat ptptn pun ado. marry brown, paparich, serabei cafe, kedai emas anuar
harga ok la kalau nak makan sekali sekala tu kan. lepas tu boleh tengok beca putrajaya dekat tingkat bawah. betul-betul depan tasik. port kanak-kanak main belon pun ada.
3. Medina TomYam, Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9
(orang putrajaya panggil flat hijau-dulu pangsapuri ni warna hijau)
menyediakan masakan panas bermula jam 12 tengahari sampai 5 pagi kau! Bagi aku tomyam sedap di putrajaya di sini la tempatnya.
4. Jom Bali
bersebelahan Hotel Dorsett (pasaraya HERO Presint 3)
ada western food dan makanan yang biasa ada di kedai di malaysia, macam nasi goreng, ketiau kungfu, air teh tiga layer diorg sedap woi. Harga mahal juga tapi portion besar. Takde makanan bali pun kat sini.
Ketiau kungfu dengan telur separuh masak.
5. Alamanda
ha...dalam ni ada food court, restoran makan ada tapi tak banyak. Seoul garden, kfc, mcdonald, nandos, big apple, starbuck
Ada kebab, cendol, roti john putrajaya di foodcourt.
6. Food Truck Hotspot Presint 14
ada jual roti keju, takoyaki, ais krim, air big cup. macam-macam lagi.
7. Nadi @15 di Presint 15
banyak kedai makan di sini, kalau tengahari boleh makan di restoran kito. ada masak lemak daging salai. bersebelahan butik manjaku. ada restoran Mohd Chan, restoran dayang (masakan sarawak), nasi lan kedah, ada domino, kfc. Kedai cheese nan pun ada. hotel bajet pun banyak di sini.

Tomyam pekat, cukup rasa.
Ini aku order ketiau tomyam.
4. Jom Bali
bersebelahan Hotel Dorsett (pasaraya HERO Presint 3)
ada western food dan makanan yang biasa ada di kedai di malaysia, macam nasi goreng, ketiau kungfu, air teh tiga layer diorg sedap woi. Harga mahal juga tapi portion besar. Takde makanan bali pun kat sini.
Nasi goreng tomyam
Ketiau kungfu dengan telur separuh masak.
5. Alamanda
ha...dalam ni ada food court, restoran makan ada tapi tak banyak. Seoul garden, kfc, mcdonald, nandos, big apple, starbuck
Ada kebab, cendol, roti john putrajaya di foodcourt.
6. Food Truck Hotspot Presint 14
ada jual roti keju, takoyaki, ais krim, air big cup. macam-macam lagi.
7. Nadi @15 di Presint 15
banyak kedai makan di sini, kalau tengahari boleh makan di restoran kito. ada masak lemak daging salai. bersebelahan butik manjaku. ada restoran Mohd Chan, restoran dayang (masakan sarawak), nasi lan kedah, ada domino, kfc. Kedai cheese nan pun ada. hotel bajet pun banyak di sini.
Tuesday, October 2, 2018
bersunat bayi perempuan di batu gajah
dekat pekan batu gajah yang kecil molek ni, klinik pun tak banyak.
nak cari tempat bersunat bayi perempuan pun susah.
ada yang cakap boleh buat dekat makcik bidan dekat batu satu. tapi iols tak berani la pulak.
jadi cadangan lainnya adalah di klinik dr maria depan tesco station 18. RM30. cuba lah.
Lagi satu di di klinik as salam bandar seri botani. RM40 untuk bayi bawah setahun.

Saturday, September 8, 2018
Simple Mac and cheese recipe
Resepi macaroni dan keju untuk kanak- kanak setahun keatas.
Jom cuba mac and cheese untuk toddler korang.
Bahan-bahan:
Secawan Macaroni (ikut citarasa sendiri)
Direbus dalam periuk hingga empuk. Letak minyak masak atau minyak zaitum sedikit dalam air rebusan.
Aku beli dekat pasaraya Hero. Ada tanda halal turki.
Potong dadu keju cheddar. Ambil suku dari satu blok keju cheddar.
Aku guna jenama Bega.
Sesudu besar tepung gandum (tiada gambar)
Sesudu besar (butter/majerin)
Seulas bawang putih dicincang halus
Secawan susu ducthlady (lowfat/fullcream/freshmilk) ikut suka korang.
Cara buat:
Panaskan sesudu butter, tumis bawang putih cincang, bila naik bau, masukkan sesudu besar tepung gandum. Api perlahan. Kacau gaul sampai sekata.
Masukkan secawan susu, kacau perlahan,
Masukkan pula keju cheddar yang sudah dipotong tadi. Kacau rata dengan api perlahan. Kacau sampai keju tadi mencair. Boleh tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)