Klik Nuffnang Ads

Sunday, June 12, 2011

7 PUNCA LUPA



Assalamualaikum....

Baru-baru ini saya baca buku ni
dan yang amat menarik perhatian saya adalah salah satu topik mengenai punca-punca lupa.
Tak kisah la bangsa ape sekalipun. Bukan orang Melayu je yang mudah lupa tau.

  • Makan makanan dan minuman yang dimasuki serangga (semut adalah yang paling ketara)
  • Makan epal masam (epal hijau la tu. epal merah yang bad quality pun masam juga)
  • Makan kepala ikan (sape suke kari kepala ikan??)
  • Makan organ dalaman binatang. Contoh: hati ayam, pedal kambing. (eh kambing ade pedal ke?)
  • Membaca tulisan kat atas batu nisan di tanah perkuburan. (tak pernah dengar tentang ini)
  • Sering melihat kemaluan orang lain termasuk kemaluan sendiri tanpa sebab. (so video klip 'Marilah' abang asmara, jangan la diulang tayang)
  • Melihat najis keluar masa tengah buang air besar. (so boleh buat aksi tangan di dada, mata ke atas time buang air besar ye)

Ok, bye!

Friday, June 3, 2011

CARA PAKAI EYELINER

Hai semua,
Link
Disebabkan keyword eyeliner banyak membantu trafik blog saya, entry kali ni pun saya nak share tentang eyeliner.

Tips yang dipetik dari Metro semalam:

1. Pastikan anda duduk dalam keadaan selesa dengan menongkat siku di meja.

2. Tarik garis di kelopak mata dari bahagian dalam mata sehingga hujung mata di bahagian luar. Ini memudahkan anda memakai celak sehingga ke bahagian bulu mata.

3. Gunakan celak dengan cara menarik dari hujung kelopak mata bahagian bawah.

4. Untuk mata besar, gunakan celak bermula daripada kelopak mata bahagian tengah dan jika anda memiliki mata yang kecil, gunakan celak daripada hujung dalam mata.

5. Bagi penggunaan celak yang tiptop, buka sikit mulut anda ketika memakai celak supaya otot-otot mata kelihatan dan menegang serta memudahkan cara pemakaiannya.

Remember, dari mata yang cantik turun ke hati. Nak dapatkan mata bulat dan menonjol macam model@artis? Guna la contact lens bersaiz besar!


Ok, bye!

Sunday, May 29, 2011

KUMPUL DUIT NAK KAWIN

Hello semua,

Tadi saya terbaca status FB kawan kepada kawan saya.
Die tulis, jarang ada perempuan yang nak share or sumbang duit
untuk majlis perkahwinan sendiri.


Tetibe saya jadi panas bontot,

'Hey, hey, tak semua perempuan yang mengharapkan duit lelaki untuk tanggung 100% majlis perkahwinan tau!
(Duit hantaran tu memang sah-sah la lelaki patut bagi)

Jangan disebabkan kau dapat tunang pisau cukur cap Shick, persepsi kau pada semua perempuan sama, ok! Saya ni kemain lagi kumpul duit untuk merealisasikan majlis impian tau! Huh!
Bf saya siap pesan lagi, jangan boros2.
'

Eh, eh, aku pula yang emo....


Ok bye!

PERLU KE PELAMIN TIME BERTUNANG?

Hello brides to be,

Saya nak minta pendapat, perlu ke pelamin mini untuk bertunang?

Bukan ke kalo bertunang kita tak wajib nak hebah-hebahkan pada orang?

My bf cakap, 'tak payah la. nak sarung cincin je kot.
lagipun rugi je sebab bukan duduk lama2 atas pelamin tu,'

Saya cakap, 'tu trend sekarang. nak juga. nak juga!



Pokok pangkalnya,
Yang penting ikut kemampuan kita ye...~_*


Ok bye!




UPDATE:: saya DIY mini pelamin bertunang saya sendiri.....

JOM BUAT KEK COKLAT

Assalamualaikum,

Esok saya akan pegi kenduri kawen sepupu di Rawang, so mak saya suruh adik saya buat kek coklat sebagai buah tangan menziarah sedara mara.
Resepi ni jiran lama saya yang bagi. Tapi bukan saya yang buat la.
Just nak share dengan orang2 gojes yang terbuka blog ni.
So, enjoy!!!

Bahan-bahan:

2 cawan tepung naik sendiri jenama Blue Key
(ikut suka u all nak pakai jenama apa)
1 cawan serbuk koko
4 biji telur ayam
1 cawan air panas
1 cawan gula
(bancuh gula bersama air panas)
1/2 sudu esen vanila
1/2 sudu garam
3/4 susu pekat manis

Cara nak buat:

masuk telur satu per satu ke dalam bekas
pukul telur sehingga kembang

ambil satu lagi bekas yang berlainan,
masukkan tepung + serbuk koko + air gula + esen vanila + susu pekat manis dan garam
pastikan dipukul sebati
lepas tu masukkan pula telur yang dah kembang bersama-sama bahan-bahan yang dipukul sebati tadi.

panaskan oven selama 5 minit
sambil-sambil tunggu oven panas,
boleh la masukkan bancuhan tadi dalam acuan.
then bakar bancuhan tu selama 10 minit sehingga menjadi kek.
Jangan sampi bancuhan tadi jadi biskut pula ye.


image sebelum masuk oven.
saja je nak letak cip coklat sebab kat rumah ade banyak cip coklat ni




ha...ni kek yang dah siap.






kalau u all tak nak manis sangat, boleh la kurangkan susu pekat manis tu





Sila la cuba! Ok Bye!