Selain kita gunakan kolagen rumpai laut yang femes dijual di alam maya sekarang,
kita juga boleh mengikut petua yang aku cadangkan ni. (sila tgk tutorial di youtube)
Aku pun guna petua ini untuk kurangkan muka berminyak.
Kalau nak cari petua menghilangkan muka berminyak, mungkin tidak ada di dalam blog ini.
Sebab, kalau nak hilangkan minyak di muka,
baik kita hadkan pemakanan yang mengandungi minyak.
Panjang lebar pula aku bermukadimah.
kurangkan muka berminyak dan menghilangkan minyak di muka
adalah dua situasi yang berbeda, ya kawan-kawan.!
ok, mari kita kembali ke pangkal jalan.
bahan-bahan yang diperlukan untuk mengurangkan minyak
di muka kita adalah seperti di bawah :-)
disebabkan aku kadang kala makan oat untuk diet,
jadi untuk mendapatkan bekalan oat di rumah adalah bukan satu masalah yang perlu dibimbangkan
-letak oat sesudu kecil ke dalam mangkuk-
aku juga suka buat air lemonade untuk dihidangkan kepada sang suami.
jadi tiada masalah dalam mendapatkan bekalan lemon di rumah.
hiris lemon dan perah jusnya ke dalam mangkuk berisi oat tadi.
boleh juga campur bersama air suam jika lemon tiada di rumah.
gaul sehingga bahan tersebut menjadi likat.
selepas itu boleh la di tempek ke muka kalian.
biarkan selama 15-20 minit sehingga kering.
bila dah kering, bolehlah cuci dengan air suam atau air tapis.
SELAMAT MENCUBA
oh yes, muka aku kategori muka berminyak dan sedikit kering
oh yes, muka aku kategori muka berminyak dan sedikit kering