sudah 38 minggu.
masa untuk belajar cara meneran untuk bersalin dengan betul.
dengar pengalaman orang lain, membuatkan aku rasa ngilu je.
rasa takmo bersalin. biar je unborn baby dok dalam perut.
belek-belek page kat fb, terjumpa tips ni.
tak tau nak kredit pada sapa sebab tengok theyolls main share aje.
1. angkat kepala dagu cecah
dada.
2. mata pandang perut
3. tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran
buku lali)
4. masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan
membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat
5. masa teran tu jangan
sesekali angkat punggung. dikhuatiri luka dan koyak yang
besar di bahagian vagina (seram)
6.tarik nafas sedalam yg boleh dan teran macam nak buang
air besar tanpa blow nafas anda..teran sekuat yg terdaya selama yg boleh n curi
nafas then sambung teran..
tiap kontraksi try 3kali...time kontraksi je push sebab
time tu baby pun gerak sama so jgn buang masa, ada kontraksi terus push mcm cara2
td..takde kontraksi,relax...
7. baca bismilah, selawat
8. tips tambahan: kongsi
la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda
akan terlupa dek menahan sakit.bila husband dah tau senang la dia memberi
panduan
Wednesday, October 23, 2013
Thursday, October 17, 2013
CARA MEMOTONG DAGING LEMBU DENGAN BETUL
Setiap kali suami beli daging setiap kali itulah aku confuse cara potong daging dengan betul. Asyik nak kene call mak tanya macamne nak potong daging. Dah ajar tapi tak pandai-pandai, tak pasal-pasal mak aku cakap aku bebal pulak kan!
Mari kita play safe dengan menggoogle cara potong daging yang betul.
Lepas ni aku dengan bangganya tak payah call mak dah.
Buka je blog sendiri. Tambahan pula semalam baru dapat sekilo daging korban.
gigih cari sampai jumpa. hasilnya seperti dibawah.
Wednesday, October 2, 2013
DI MANA NAK BELI BAJU MENGANDUNG?
NAK BELI TUDUNG BAWAL AIDIJUMA?
DI SINI YA http://kasutkaca15.blogspot.com/2014/02/tudung-aidijuma-for-sale.html
Semakin hari perut wanita mengandung semakin membesar.
DI SINI YA http://kasutkaca15.blogspot.com/2014/02/tudung-aidijuma-for-sale.html
Semakin hari perut wanita mengandung semakin membesar.
Baju saiz S semua dah tak muat. Tak kan nak pakai baju ketat-ketat.
Dari pemerhatian aku, baju mengandung di pasaran tak sesuai untuk wanita bertudung.
Ada dress yang lengan pendek la. Singkat la. Tanpa lengan la. Susah kan. Takkan kau nak pakai tshirt inner di dalam lepas tu pakai dress labuh tanpa lengan di luar. Panas ok!
Wanita mengandung kan cepat penat bila berjalan.
Nak keluar ke shopping compleks pun bergantung pada kerajinan.
Jadi kita cari la altenatif membeli baju online.
Kalau wanita mengandung yang free hair
mungkin boleh cari baju di butik mothercare.
Tapi bagi wanita mengandung yang nak baju sopan-sopan,
boleh cari di butik online bagi kaum ibu
Harga pun mampu milik.
Kalau tanya pasal baju mengandung yang berjenama, aku kurang arif.
Tu je la nak cerita. Sebab orang selalu tanya aku beli baju mengandung @ maternity dress ni kat mane.
Aku doakan sesiapa yang belum mengandung tu, ada rezeki untuk mengalami perasaan mengandung.
Walaupun dalam blog @ FB @ alam realiti, korang berlagak cool,
tapi pompuan pun tahu perasaan pompuan lain.
SIAPA YANG UNDER BAJET DAN BERMINAT BELI BAJU MENGANDUNG MURAH TERPAKAI
(SEMESTINYA MASIH ELOK)
(SEMESTINYA MASIH ELOK)
BOLEH KLIK LINK INI "BAJU MENGANDUNG MURAH"
SCAN 4D DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN
ini entry, entry mak-mak.
jumaat lepas aku pegi scan 4d dekat klinik qistina.
berdekatan dengan giant hypermarket sri kembangan.
aku dok kat putrajaya, kira dekat la dengan klinik ni.
harga terpapar di website rm100 tapi bila call untuk buat temujanji harganya jadi rm105
(dapat cd dan gambar siap print)
tak kisah la tambah rm5 pun. semangat nak tengok muka baby punya pasal. aku rela.
scan 4d ni seeloknya dibuat pada minggu ke 28 kandungan. tapi aku buat pada minggu ke 34.
asyik bertangguh je. nurse klinik cakap biasanya minggu ke 34 ni muka baby kurang jelas sebab dah banyak air. kalau time scan tak nampak, diorang akan scan 2d (RM45) sahaja.
alhamdulillah masa aku dan laki aku pegi, kitorang dapat la tengok muka baby sikit-sikit.
biasa la scan 4d, bukan boleh tengok dengan jelas dan nyata.
we all nak confirmkan jantina, tengok muka dan tengok anggota badan baby.
banyak penerangan yang diberi. puas hati la sebab dapat tengok baby sendiri.
kagum dengan kebesaran Allah kerana ada sesuatu dalam perut aku ni. tak tau nak cakap camne.
Ya Allah, berikanlah rezeki untuk kami membesarkan anak kami yang bakal lahir ni. Amin...
p/s: klinik maria scan 4d mahal la. dekat rm200
klinik jameaton scan 4d rm100 dengan temujanji.
klinik qistina ni pun ada servis untuk rawatan kulit bermasalah. botox pun ada uols!!
klinik qistina ni pun ada servis untuk rawatan kulit bermasalah. botox pun ada uols!!
Subscribe to:
Posts (Atom)