ini entry, entry mak-mak.
jumaat lepas aku pegi scan 4d dekat klinik qistina.
berdekatan dengan giant hypermarket sri kembangan.
aku dok kat putrajaya, kira dekat la dengan klinik ni.
harga terpapar di website rm100 tapi bila call untuk buat temujanji harganya jadi rm105
(dapat cd dan gambar siap print)
tak kisah la tambah rm5 pun. semangat nak tengok muka baby punya pasal. aku rela.
scan 4d ni seeloknya dibuat pada minggu ke 28 kandungan. tapi aku buat pada minggu ke 34.
asyik bertangguh je. nurse klinik cakap biasanya minggu ke 34 ni muka baby kurang jelas sebab dah banyak air. kalau time scan tak nampak, diorang akan scan 2d (RM45) sahaja.
alhamdulillah masa aku dan laki aku pegi, kitorang dapat la tengok muka baby sikit-sikit.
biasa la scan 4d, bukan boleh tengok dengan jelas dan nyata.
we all nak confirmkan jantina, tengok muka dan tengok anggota badan baby.
banyak penerangan yang diberi. puas hati la sebab dapat tengok baby sendiri.
kagum dengan kebesaran Allah kerana ada sesuatu dalam perut aku ni. tak tau nak cakap camne.
Ya Allah, berikanlah rezeki untuk kami membesarkan anak kami yang bakal lahir ni. Amin...
p/s: klinik maria scan 4d mahal la. dekat rm200
klinik jameaton scan 4d rm100 dengan temujanji.
klinik qistina ni pun ada servis untuk rawatan kulit bermasalah. botox pun ada uols!!
klinik qistina ni pun ada servis untuk rawatan kulit bermasalah. botox pun ada uols!!
saya pun dah scan 4D :)
ReplyDelete