Klik Nuffnang Ads

Friday, January 23, 2015

SAYA MAKAN JAMU DEWI DARA

asalamualaikum

seumur hidup aku inilah pertama kali aku makan jamu.
masa berpantang dulu pun makan set shaklee aje.
aku tertarik dengan khasiat yang ada dalam jamu dewi dara keluaran jamu seri dewi malam ni.
katanya membantu dalam menangani masalah wanita. wahh...gitu!
bukan beli mengkhinzir buta je, aku siap search cari testimoni orang.
lepas dah betul-betul yakin baru aku beli.

sebotol jamu ni tahan untuk sebulan. tapi aku berjaya makan kurang dari dua minggu je.
kenapa? kenapa?

sebabnya
aku mengalami sembelit padahal dah minum air 2.5 liter hingga 3 liter sehari
berat badan aku naik 3 kg dalam seminggu.
pinggang aku rasa sakit semasa baru bangun tidur.
lepas aku alami perkara diatas, aku jadi tak berminat nak teruskannya.
tapi rasa rugi pula kalau tak habiskan. tengok lah dulu lepas ni aku nak teruskan ke tak.
tindak balas yang lain tak pula aku alaminya.
orang cakap kalau makan jamu, badan rasa panas. aku rasa tak panas pun.


korang google je la untuk tengok gambar jamu ni.

sekian review jamu dewi dara dari aku

No comments:

Post a Comment