Sudah menjadi kebiasaan masalah bagi ramai orang jika tersalah pilih ketika
membeli buah-buahan. Perasaannya tatkala mengunyah buah-buahan yang sudah rosak
pastinya cukup menghampakan.
Sebenarnya ada cara yang betul dalam memilih buah-buahan yang baik dan
segar. Ketahui bagaimana caranya agar tidak lagi pulang kecewa.
Beli ketika musim
Pastikan anda membeli buah-buahan mengikut musim kerana tatkala musim,
buah-buahan berada dalam keadaan yang segar dan cukup elok.
Guna deria ketika memilih buah
Hidu, sentuh dan teliti akan keadaan buah-buahan tersebut sebelum
memilihnya. Ini penting demi menjamin yang anda memilih buah-buahan sama ada
sudah masak dan segar atau masam, belum cukup matang atau sudah kehilangan
kesegarannya.
Periksa tangkai (jika masih ada)
Tangkai buah-buahan akan secara semulajadinya membengkok setelah buah
dipetik. Tangkai yang berona hijau dengan buah yang sudah cukup matang adalah
yang terbaik untuk dipilih, manakala tangkai yang berona hijau tetapi dengan
buah yang agak keras menunjukkan keadaan buah belum cukup masak namun ia boleh
disimpan sehingga ia betul-betul masak. Elakkan dari memilih buah-buahan yang
bertangkai kering kerana kemungkinan ia sudah dipetik agak lama dari pohonnya
dan teksturnya juga agak kehilangan kesegaran semulajadi.
Hati-hati dengan buah-buahan yang
berlubang
Jika anda menjumpai buah-buahan yang sudah berlubang walaupun sedikit,
elakkan dari membelinya kerana rasa dan tekstur dalamannya pasti turut efek
akibat lubang yang mungkin dimakan ulat buah.
Pastikan rona yang betul
Contohnya, jangan mengambil strawberi yang berona hijau kerana sebetulnya ia
memang agak masam dan tidak cukup matang.
Periksa tanda hitam atau lebam
Buah-buahan yang sudah bertukar rona dengan tompokan hitam atau lebam
sememangnya sudah agak lama dipetik dan sekaligus ia sudah menjejaskan rasa
semulajadinya.
Hidu
Sesetengah buah hadir dengan bau yang melambangkan ia sudah masak seperti
buah durian dan tembikai susu. Sesetengah buah juga mempunyai bau masam dimana
ia sudah mula merosak dibahagian dalam.
Sentuh, genggam dan rasa
Buah-buahan yang padat seperti epal dan pear sepatutnya hadir cukup padat
dan rangup, tetapi tidak pada pic, plum, dan buah-buahan lembut yang lain
kerana ia sememangnya agak sedikit lembut. Lakukannya dengan cara yang hemah
dan teliti kerana takut boleh merosakkan keadaan buah.
Elak mengambil buah yang disimpan di
dalam kotak bertutup atau beg guni.
Mitos yang mengatakan sebiji epal rosak mampu merosakkan yang lain adalah benar.