Klik Nuffnang Ads

Saturday, April 9, 2016

DIY BEDUNG BAYI

Hai semua,

Bahan bahan untuk buat bedung bayi adalah
- semeter kain cotton flannel.
Beli di nagoya RM 6.80 semeter. Boleh dapat sehelai bedung bayi. Harga tahun 2016 (april)
Harga di GIO FABRIC BANGI PUN RM6.80 SEMETER. APRIL 2016

Kain cotton flannel ni tak panas pun. Nak buat barut bayi pun boleh guna kain ni.

 Ini contoh material kain cotton flannel tu.
Lembut je lepas dibasuh. Tak tebal.





Mudah je sebenarnya. Kalau ada mesin jahit, anda boleh terus jahit kemas bedung tu.
Atau pun hantar ke tukang jahit yang amik upah jahit tepi. Kalau rajin boleh je nak jahit jelujur di sekeliling kain bedung tersebut. Ni tips bagi ibu ibu yang rajin buat sendiri dan nak berjimat.

Kos tak mahal mana pun. Aku tak galakkan korang beli bedung moden yang jenis zip- zip tu. Sebab kurang praktikal bagi aku. Lebih kepada untuk bungkus bayi je aku tengok. Kalau bedung guna kain batik pun lagi kemas.

Tapi jika tak sempat nak jahit sendiri, boleh la beli di kedai bayi. Tapi kene tengok ukuran bedung tu juga. Semestinya corak kain yang pelbagai. Ada yang saiz terlalu kecik. Ala2 muat untuk anak patung je.

Kalau nak tempah jahit bedung, aku rekemenkan sis TOKO ANGGERIK. Boleh rujuk Facebook beliau. Ada senarai harga dam corak yang available. Harga tak mahal sangat.

1 comment: