Klik Nuffnang Ads

Monday, December 27, 2010

NOTHING

Salam semua,
Entry kali ini tak de apa2 yang menarik pun. Just nak letak gambar ni. Hehehe....










sempena tahun 2011 yang bakal tiba, semoga kegembiraan sahaja yang ada dalam hidup aku. *Peace*




















Terima kasih jika terbuka blog ini.

Thursday, December 23, 2010

JOM PAKAI LOSYEN

Salam semua,
Today saya mahu share pengetahuan saya tentang losyen. Sebelum tu nak tanya, U all pakai losyen cap ape? *sila bagitau kat sini ye.

Saya rasa girls kat luar sana ramai yang teruja dengan kecantikan kan. Kita jangan stylo berfesyen je, kulit kasar cam jalan tar. Cuba u all tengok telapak tangan yang tengah pegang mouse tu? Gamaknye, kasar ke smooth and silky?


tangan yang selalu memegang mouse atau membuat kerja-kerja berat haruslah dijaga dengan penuh kasih sayang.

Memang la bagi orang yang tak biasa pakai losyen, akan rasa remeh je. Tapi kite sebagai manusia di abad ini, perlu ada inisiatif untuk menjaga kulit yang Allah bagi kat kite ni. Jaga la kulit kite dari sekarang!

Losyen walaupun tak de fakta yang cakap boleh menyembuhkan penyakit jantung, tapi losyen boleh buat kulit kita ni lembut tau. Cuba la try pakai setiap hari sebelum tido. Gerenti kulit U all lembut gebu auw...auw.... & Tak payah pening-pening nak mandi susu 2 bulan sebelum majlis kawin. Hehehe....

Terbaru, saya pakai losyen dari Marks & Spencer perasa Berry. Best weh, coz tak rasa melekit pun seperti kebanyakan losyen yang saya penah pakai sebelum ni.


Botol die nampak simple je. Tapi memang selesa bila pakai. Saya dah tak ingat harganya sebab ia dibelanja oleh Mr Sayang. Dapatkannya di butik Marks & Spencer ya!

Terima kasih jika terbaca entry ni.

p/s: Actually, saya bukan lah seorang yang memakai losyen setip hari. Sekian.

Wednesday, December 22, 2010

MAKE A NEW YOU

Salam girls,
Sempena tahun 2011 yang bakal menjelma tak lama lagi, U all dah ade azam baru ke? Kalau boleh kita jangan hanya berazam nak beli kamera DSLR or benda-benda duniawi semata2 tapi kita buat la satu perubahan dalam diri sendiri dan perkara disekeliling kita.

Pernah tak tetibe U aLL terfikir "Arghhh....bosannye hidup aku ni. Setiap hari tengok dan lalui perkara yang sama je (".)


"AKU NAK SESUATU YANG BARU DALAM HIDUP AKU!!!!"


These are MY Suggestions:

CHANGE YOUR ROOM DECORATION
Kalo selama ni bilik kite2 warne krim or putih semata-mata, cube kite try cat warne biru ke ungu ke @ warne kegemaran u all la. Ubah posisi katil dan almari also ye!Baru la mengancam bilik korang tu. Silap2 kite lagi suke duduk dalam bilik dari pegi melepak dengan kawan2.


ini contoh bilik tidur yang boleh di 'make over' kan. Kalau tak de idea, U all boleh search kat internet or belek majalah dekorasi yang ade kat kedai mamak.

CHANGE YOUR HAIR CUT
Tahun 2010, kite dah buat rebonding, so ape kata cube curly ala2 negro, potong style bob, ala panjang mengurai seperti Fazura (saya minat die, ok!) di Tahun 2011 ini? Nampak cool sikit kan.

CHANGE YOUR HIJAB STYLES
Ini yang paling aku suke. If selama ni kite asyik pakai tudung bawal je, cube la try tudung jenis sarung or shawl yang unik2. Jangan terus tak pakai tudung sudah la ye!


kalo bukan seorang yang rajin, boleh beli tudung ni banyak2. RM10@RM15 je kot kalo yang tak berjenama.


kalo rajin melilit shawl, boleh cube gaya ni. tak payah iron dan boleh dipakai berulang kali. :)

CHANGE UR FAVORITE
Atau pun tukar la ape2 kegemaran anda. Dari segi makanan ke warne ke kasut ke jam ke. Contohnya kalo dulu suke warne pink, asyik pakai baju pink je dari siang ke malam, so tahun ni pelbagaikan warne dalam hidup anda. Warna menceriakan hidup anda tau!

Semua ni cuma cadangan saya je, macamne nak ubah mood hidup kite tanpa mengeluarkan belanja besar.

AKHIR SEKALI BAGI YANG TAK HABIS BELAJAR LAGI, KITE BELAJAR LA RAJIN2. JANGAN PONTENG KELAS DAN ASYIK INGAT BF@GF JE. BAGI YANG BEKERJA, BAWA-BAWA LA BERINGAT UNTUK KERJA KUAT DAN SIMPAN DUIT. DUNIA SEKARANG MAKIN MENCABAR BEB!


Terima kasih kalo terbaca enrty ni.

Bubye....

p/s: Semoga doa2 kite2 dimakbulkan di tahun baru ini. Aminn....
Entry kali ni tak de lagu la.

Sunday, December 19, 2010

CELAK @ EYELINER

Salam semua,

Nak tahu cara memakai eyeliner dengan betul? kliK SINI

Sape suke pakai eyeliner, tolong kepak2 kan tangan anda ye. (",)
Kebanyakan girls kat Msia ni suke pakai eyeliner kalo pergi berjimba-jimba kan? Biase la nak nampak HOT dan kasi mata Besar dan bajet ala2 gothic. *Tak terkecuali si tukang karut ini.

Sekarang ni dah banyak jenama eyeliner yang ade kat pasaran kn. Girls kat luar sane suke pakai brand ape? (Share2 la ye!)

Antara eyeliner yang dah pernah saya try ialah : Maybelline, The Face Shop, Silky Girl dan brand pasar malam.

Dan yang paling tak syok untuk dipakai, haruslah brand pasar malam kerana warnenye tak melekat langsung kat mata. *Nasib baik la kau murah!
Pertama kali pakai eyeliner, mesti tangan kite cam tergedik2 time nak mengaplikasikan eyeliner tu kat mata kan. Comot!! Biase la. *Saya budak baru belajar.

Bagi yang baru berjinak-jinak dengan eyeliner or nak tahu cara pakai eyeliner yang betul, Girls boleh la search kat Google "eyeliner tutorial"
*Sesungguhnya dunia di hujung jari anda an, an? Huhuhu.....


ni cara pakai eyeliner ye. biar lambat asalkan selamat.



ni celak arwah opah saya. Jangan ingat orang dolu-dolu tak pakai celak ye! Bekas celak ni pun sungguh klasik. Bekas tembaga ok! Opah-opah korang ade tak celak cam gini?




ni celak pensel. sangat femes di seantero dunia.



ni tak tau ape nama sainstifik nye. tapi ni senang sikit coz tak payah nak asah bagi tajam. Ala-ala macam lipstik juga sebab bole pusing-pusing gitu.




Haaaa.........ni la gel eyeliner yang paling hot in town. Senang skit nak pakai. Tak de istilah comot bila pakai jenis ni. Syok weh. Jangan lupe dapatkannye di Watson. =)


Terima kasih kalo terbaca entry duniawi ini.

Aku nak shopping!!!!!!!!!!!!


P/s: Bagi menaikkan semangat untuk aktiviti solek menyolek ni, kite harus dengar lagu Standing in The Eyes Of the World by Ella

KASIHMU DITERIMA

Salam semua,

Kepada sesiapa yang terbaca entry ni, aku nak tanye, dalam sehari berapa banyak kali korang say THANK YOU or dalam bahasa Jermannye "Terima Kasih"?

Kadang-kadang kite lupe nak ucapkan perkataan tu kan? Sebab kite anggap bende cm gitu remeh. Biase la, aku pun kadang-kadang camtu juga. Tapi kalo kite say terima kasih pada orang yang dah buat baik kat kite, kan lebih bermakne. Sekurang-kurangnye kite bagi penghargaan kat mereka yang dah pernah tolong kite.

Dulu mase aku buat praktikal di satu company cina, aku tengok diorang tak henti2 cakap TQ kat sapa2 yang dah berjasa walaupun buat jasa yang kecik seperti tolong angkatkan pen yang jatuh kat lantai. So aku terbiase ikut cara diorang. Bila orang cakap terima kasih kat kite, mesti kite rase berbunga2 je kn? Cam dihargai je. (",)


masa U all nak turun dari bas bila dah sampai ke destinasi masing2, ade cakap TQ tak, kat pak cik driver? Tak kisah la naik bas ekspress hatta bas lompat2 skalipun.



time U all kat kaunter bayaran kat Tesco atau kedai Makcik Limah depan rumah sekalipun, ade cakap terima kasih tak pada cashier yang serve U all tu? Walaupun kite bayar servis yang diberi, tak salahkan untuk menghargai penat lelah orang lain?



kalo yang muhrim tu boleh la berjabat tangan sambil cakap terima kasih.


Senang cerita, kite kene tahu budi bahasa dan reti cara nak menghargai orang disekeliling kite.




Terima lah sejambak bunga bulat2 dari aku untuk sesiapa yang terbaca entry ni. Makasih sangat2 ye. *Semua gambar2 ni, aku cari kat En Google.


p/s: Ni kan entry tentang terima kasih, jadi haruslah dengar lagu Terima kasih Cinta. Layannnnnnnnnn............

Friday, December 17, 2010

NOVEL KAT MALAYSIA

Salam semua,
Entry duniawi kali ni aku nak bagi pendapat tentang novel-novel kat Malaysia. Bagi pembaca novel tegar, u all perasan tak plot cerita dalam sesebuah novel ni sama je. Tak kisah la novel dari penerbitan mana.

Plot A : Hero gadoh ngan heroin setiap kali jumpe, pastu jadi peristiwa tak diduga, diorg pun kawen. Mula-mula tak suke, pastu jatuh cinta. Happy Ending.

Plot B : Heroin ni comel @ cantik tapi perwatakan kasar, hero ternampak heroin pastu jatuh cinta. Nak tackle gune macam2 cara. Kalo jumpe je gado. Cam biase la pastu jatuh cinta. Kawen.

Plot C : Kawen Kontrak. (Plot ni rasenya paling banyak.)

Aku bukan nak kondem penulis novel ni, tapi sesekali buat la novel yang bukan 100% kisah cinta je. Ade Setengah novel tu, dicanang-canang Best Seller kt MHP, bila aku beli je, plot cerita yang sama. Bosan weh. Rugi duit aku beli novel cam gini. Tapi tak boleh nak salahkan penulis juga, sebab kadang-kadang tu dah memang permintaan pembaca yang suke novel plot seperti yang aku bg kat atas. (Korang tak bosan ke? Aku dah mule rase bosan)



untuk yang tak tau novel tu ape, korang tengok la contoh-contoh novel yang aku copy dari En. Goolge. Berwarna-warni kan! Tebal pulak tu!


Novel yang best pernah aku baca ialah novel dari Ahadiat Akashah dan Norhayati Ibrahim. Sebab plot cerita diorang lain dari yang lain. Ramai pernah cakap yang novel Ayat-ayat Cinta tu best, tapi secara jujurnya aku tak bace novel islamik. Hehehe.....So tak boleh nak komen lebih-lebih.

Erm, Novel Lasykar Pelangi pun best juga tau. Sebab plot cerita nya tentang zaman kanak-kanak. Gile best weh! Tak rugi baca. Terbahak-bahak aku gelak time bace novel ni. Kalo rase nak mengimbau zaman kanak-kanak, sudi-sudikan lah baca Lasykar Pelangi.


abang negro, nape muke kau berkerut cm gini? Bajet Macho la? Kau ingat kaum kau ramai datang Msia, aku terpikat? Bole jalan la! *Peace....
*gambar ni tak xde kaitan langsung dengan entry ini, ok?


Ni aku nak kasi satu info baik punye. Khas untuk pembaca novel tegar di sekitar Ipoh. Kalo U all minat baca novel, tapi tak cukup bajet, korang tak payah beli novel baru tapi sewa je kat Novel Hut di Ipoh Parade. Tempoh sewaan cume sebulan@RM4.00. oK WHAT! If korang dah bosan dengan novel2 lama yang ade kt bilik, korang pun boleh jual balik kat Novel Hut ni. Tapi die amik separuh harge je la. Rugi sikit. Dari bilik korang tu dah cam muzium sampai mak korang nak buang novel-novel tu, better jual kat Novel Hut tu, kan?


korang suke bace novel sambil posing cm gini tak? Hot kan style bace novel ni. Sangat klasik.


atau pun korang suke bace novel di bawah pokok? Nampak stylo juga bace novel bawah pokok ni. Tapi jaga2 la kalau2 burung terberak atas kepala ye.


Haaa....style ni la paling aku suke. Bace novel sambil landing sebab bole tido terus.

Terima kasih kalo terbaca.


p/s: Dah bace entry, haruslah dengar lagu Game Of Love ni. Sangat rileks. (Masa zaman kegemilangan aku dulu, suke benau aku dengar lagu ni.)

Sunday, December 12, 2010

JATUH CHENTA! Oouuhhh indahnya~

Salam semua,

Entry ini dedikasikan khas untuk kasut@wedges@sandal yang aku suke. Aku tak tau la nape aku suke benau menengok kasut-kasut yang hot in town. Dah macam tengok hero korea pula gayanye. =D


aku suke gile tengok drama ni. rase cm nak jadi heroin drama ni weh!. Oh, Joo Ji Hoon ku.....

Setiap kali aku menggedik2 kat mane2 shopping mall, musti tak sah kalo tak pegi melawat kedai2 jual kasut. Kadang2 aku tak beli pon, tapi aku suke tengok kasut2 yang cantik. *peace!

Berdasarkan kisah benar: Satu hari, A (bukan nama sebenar) ade beli satu high heels dlm 2inch ++ gitu. Then bila balik ghumah, A pegi amik 'golok' mak A kat dapur, semata2 nak potong tumit kasut tu kasi rendah skit. Dah macam tukang kasut je rupenye. Hehehe....(beli je la kasut yang rendah kan sng!)

Masa zaman kegemilangan aku kat PUO dulu, setiap kali aku nak balik rumah, aku akan lalu kt kedai pembekal barangan membuat kasut kt pekan Ipoh, sambil berangan2 nak design kasut sendiri ala Jeslina Hashim (ala, artis suam2 kuku tu). *Sekadar berangan je la ye. Sebab aku tak penah ade usaha nk design sendiri.

Actually, Aku bukan la jenis gila jenama sangat but xde la pakai kasut yang tah ape2 jenama. Kasut dalam katalog pun aku just usha2 je. *Poyon! Sejak 2-3 tahun lepas, aku minat pula tengok kasut2 kt Butik Summit. Harge die berpatutan dan design die mcm yang aku bayangkan dlm pikiran aku nih. Butik Summit ni kalo tak silap research yang aku buat, cume ade kt Johor dan sekitar Key Ell je buat mse nih. Brand ni ala Vincci juga la.

Erm sekarang aku tengah plan nak pakai kasut ala Makcik2 seperti di sini ooo (akak aku ckp selesa giler pegi shopping pakai kasut nih)Kalo kasut jenis2 Crocs ni aku tak teruja sangat. Tapi aku ade 2 pasang Crocs fake ye =D
*korang musti ade juga kan!

Habit suke kan kasut ni maybe sebab mase kecik2 dulu aku suke tengok kartun 'Shoe People' kot? (ade kaitan ke nyah?)

'Aku rase cam nak buka butik kasut je. Argghhh!!!!'

NOTE: A dalam kisah benar diatas adalah aku.

*******************************************************************

Akhirnya satu lagi entry duniawi yang dah aku hasilkan kat sini. (",)
Sekian. Makasih la kalo u all terbaca entry nih~

p/s: Ini entry tentang kasut. So haruslah mendengar lagu ini 'SHOE'

enjoy buddies!!!!!!!!!!!!

Saturday, December 11, 2010

PERJANJIAN KENTUT

Salam Semua,

Entry aku kali ni tajuknye agak menggelikan skit. Hehehe....
*Bro, i pinjam istilah u kejap ye*
Aku rase semua orang yang baca entry ni musti pernah kentut kan? Atau dalam bahasa Portugisnye 'buang angin'. *Prooooottttttt*
(Opppssssssss, terlepas pulak!)

Maybe ramai yang tak amik berat tentang kentut kn. Actually, kentut ni disebabkan adanye gas seperti: nitrogen, oksigen, metan (terhasil dari bakteria atau kuman dan mudah terbakar), karbon dioksida dan hidrogen. Melalui pembacaan aku yang memang banyak membaca ni, if kite tahan kentut, ia akan menyebabkan perut semakin kembung dan memulas dan bau yang terhasil semakin busuk. So aku nasihatkan korang supaya jangan ditahan-tahan kentut itu. Nanti merana diri. (Tapi, ogak-ogak la kan kalo nak kentut tu. Tengok la skit, kiri kanan.)

Dari info yang aku dapat lagi, bau dan daya kekuatan kentut dilepaskan based on makanan yang kita ambil seperti (jus buah,minuman bergas, bijirin,kekacang dan byk lg la),berapa lama kite 'simpan' kentut itu dan daya kepantasannya dikeluarkan dari 'lubang itu'. (Fuuuuhhhh....kalo yang jenis tahan kentut 2-3 hari tu, mesti masyuk gile baunye kan!)
Yang pasti kite elakkan la makan makanan sebarangan yang boleh menyebabkan kite kentut berdas2 tak ingat dunia ye! Jangan malas pegi tandas utk buang air besar tau, kawan-kawan.....

Tapi korang jangan risau la coz, kentut ni tak menyebabkan kematian pon. If terkentut depan orang ramai sekalipun, malu je dapat. Kalo dah tak tahan sangat, korang buang angin slow2 then buat muke tak bersalah. Hehehe....(",)

Haahhh lagi 1, sebelum korang nak kawin, jangan lupe buat Perjanjian Kentut dgn bakal suami@isteri u all. Hahaha....Supaya senang korang tau trick each other nk sorok kentut sendiri. Lepas dah tau tu, diam2 sudah sambil tersenyum2 simpul.
Hehehe.....



>>Macam dah xde hal duniawi lain yang nak aku share kn. Kn?

The End~~~


********************************************************************



p/s: Eh, sekarang ni aku suke dengar lagu SENYUM by Malique & Najwa pula~~~

p/s: Terimakasih kepada 'beliau' yang belanja i mkn 'Seoul Garden' tempoh hari. Hehehehehe.....

Semua info aku amik dari : Wikipedia dan Berita harian
Makasih ye~

Monday, December 6, 2010

TODAY WAS FAIRYTALE

Salam semua!

Accually ape yang aku nak post ni tak xde kaitan langsung dengan tajuk entry ni. Hehehehe.....Biase la, aku memang suke buat sesuatu yang lari dari tajuk.
Aku just nak share pengalaman aku naik ETS (ala....train baru yang hot in town nowadays)

Semalam, dah kali kedua aku naik bende tu. Bes weh. Maybe sebab train tu masih baru. Kerusi penumpang die agak luas@selesa. Maksudnye kalo orang depan kite nak adjust kerusi ke belakang, tak menganggu kite yang dok di belakang die la.
Pastu siap ade ala2 pramugari tanya kite nak order makanan tak. (tapi body tak ramping macam pramugari kapal terbang tau. Hehehhe......) Sangat friendly. =)

Lagi satu setiap kali nak sampai ke destinasi, akan ade pengumuman yang akan dibuat. Ok la tu. Kalo KTM dlu, aku terpaksa alert kat setiap destination coz tak de pengumuman. (Bahaya sigh, kalo kite tak alert, tetibe kite dah sampai kat Hattyai! Tak ke haru?


kaunter ETS kt Stesen Keretapi KL

Harge tiket ETS ni bagi aku berbaloi la (RM29 FROM KL TO BATU GAJAH) coz servis cepat dan tiada kesesakan lalulintas + selesa. Lembu nak melintas jauh sekali la kan!

Kalo nak beli tiket di KL Sentral, kaunternye kt sebelah kaunter Air Asia tau. Kalo kt Stesen keteapi KL tu, memang ade kaunter die. Kire Senang la nak cari, conpom tak sesat.

Senang cite, aku rase nak naik lagi la kalo aku pegi KL nnt. Hehehehe.....

for more info; feel free to visit http://ets-train.com.my/


Terima kasih sebab sudi membaca.


Disebabkan aku ni bukan artis or makhluk yang femes, aku xkan tulis panjang2 la. Nanti korang meluat pulak. Hahahahhah......(gelak like devil again)
********************************************************************

p/s: sekarang korang suke dengar lagu ape? Tetibe aku suke dengar lagu KURNIA by Mizz Nina feat Noh Hujan la.......

Chowww!

Kedai laksa sedap One Utama




Dam dam duuuummmmm.....
(biasanye orang letak bunyi drum tapi aku letak bunyi meriam buluh)



Terimalah.......








Laksa di Penang Street. Nyum2!


Laksa ni aku makan kat Penang Street, One Utama. Kedai makan ni berhadapan butik pakaian Viva. Bukan Kereta Viva tau! Dengan kuahnye yang pekat, siap ade isi ikan lagi weh! Berdegup2 jantung aku bila makannya. Hahahaha......Hargenye Rm 6.90@RM7.90 je. (Lupa plk harga sebenar) Berbaloi-baloi tu, sebab mangkuk die besar.



Arghhh....sedapnye. Sedapnye.....!


Makan dengan cili potong & otak udang pon sodap

Friday, December 3, 2010

I NEED HOLIDAY!

Salam,
Sekarang sudah end of 2010, so aku rasa nak buat sesuatu yang menggembirakan hati sendiri. Hahahahahahahhaahahhaa.....(gelak ala 'devils')

Maka, wujudlah entry merapu ini. Disebabkan mahu bercuti menggunakan duit sendiri, sudah semestinya tempat yang ada dalam fikiran adalah terhad. T_T

"Kenapa la aku ni bukan orang yang berada" bisik hati kecilku. (Wah, dah macam ayat novel pulak kau!)


Ini la tempat-tempat idaman aku yang xtau bila aku dapat pegi. Huhuhuhu.......



1)
Itali
"Cantiknya permandangan kt negara ni. Geram sih!"


2)
Bali
"Bapak-bapak, ibu-ibu, kapan kita mahu ketemu nih!"


3)
China
"Ni how ma? Akibat terpengaruh menonton drama China."


4)
Korea
"Mahu ketemu hero-hero drama korea yang 'jambu2'. Hahaha......Saranghaeyooo!"


****************************************************************************************************************************************

Haaa.....tempat ni ku dah penah pegi. Rasa2nya, ramai yang dah penah jejak kaki kat sini kan? kan?



Langkawi

p/s: gambar di ambil dari en Google.
Maceehhhh.............

Tuesday, November 30, 2010

AKU ADE TABUNG, KORANG ADE TAK?

RM4.90 JE!






~image tabung aku dari jarak dekat~


Ni la tabung aku. Walaupun kecil, tapi banyak juga la duit yang bole masuk. Hehehe..... Sejarah penubuhan tabung ni adalah sekitar bulan July@August yang lalu. Aku beli tabung ni pun sebab terpengaruh dengan 1 Seminar yang aku attend di Hotel Syuen, Ipoh. Mase kecik2 dulu, aku ade juga tabung tapi aku selalu korek tabung bila tengah sengkek or time cuti sekolah. Maklum la, xdapat duit belanje time cuti sekolah. Huhuhuhu....T_T

Tapi setelah aku attend seminar tu, semangat nk kembali menabung sangat meronta2! Tanpa berlengah lagi, aku terus beli tabung ni lepas habis seminar tersebut. Mula-mula aku masukkn RM1 everyday. Tapi sekarang, aku dah malas nk masuk tiap ari. So aku masuk la bape yang aku suke tiap minggu. Yang specialnya tabung ni, aku tak letak duit syiling pun. Duit Kertas ONLY, ok? Dan Alhamdulillah coz aku xde dah habit suke korek tabung lagi.

p/s: tak sabar nak tunggu tabung ni penuh. Coz aku nak beli something like........Jeng..jeng..jeng....



siang malam ku terkenangkn dirimu. oh no!

Sunday, November 7, 2010

Take Five, Dear

1) Saya sangat teruja dengan......
>Pulau yang cantik (tapi aku takut panas),
>shopping (rse mcm terbang diawangan je bl dpt beli brg idaman),
>internet (semua org suke kn? kn?) =)

2) Teman hidup saya ialah.....
Mesti la saya harap Chinta hati sy tu, teman hidup saya. Tapi for now, my teman hidup adalah my E71 bcoz dia penghubung kepada semua org yg saya sayang. (i bukan gila gajet, ok!)

3) Perkara paling mencabar yang penah saya buat.....
Erm...saya bukan seorg yg sukekan cabaran, tp masa saya form 2, saya ade join satu camping di sekolah. Siap kene redah sungai@hutan bagai. Rase seram2 sejuk gitu(sebab kene berendam dalam air sungai diparas bahu) Dan paling tak dapat lupe, aktiviti tu myebabkan kasut sukan (pinjam dari member) tercabut tapaknya. HuHuhuhu.....Cuak beb, cuak! Nasib bek kawan xsuruh ganti!

4)Snek kegemaran.....
Semestinya gila kentang Mister Potato & fries. Nyum2.....!

5)Muvie paling cool.....
I luv korean drama@muvie. Malay muvie agak kureng gitu! Genre romantik@seram2 ubi2@kelaka. Muvie sangat cool yg penah sy tgk dulu ialah Ada ApA Dengan Cinta. Sooo Sweet!!!

Love is in the air, babe!!!

Selepas balik dari kenduri my brother di Gombak, aku dan wa (my sister) pegi menggedik2 di The Curve. Sangat Heaven bila dapat bershopping. Dan paling hotnye, aku shooping pakai baju kurung gitu! Agak susah untuk bergerak laju (maklumla, i jenis jalan laju xtgk org wooooo). Finally dapat juga la cari baju yang ade gelembung2 kat lengan tue. Walaupun agak lambat mengikut trend semasa. Hahahaha....
Tak lupe juga membeli alat make-up. I love it!!!

Agak2, shooping pakai heels selama 2 jam, boleh kurus x?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
And now, i tak sabar nk tuntut loose powder baru dari Chinta hatiku. Yeppie!!!

Wednesday, September 29, 2010

USAHA tangga kejayaan~


MY MISSION IS:

1. mengecilkan pipi yg agak bulat (hahahaha)
2. save my money (akanku buktikn pd MU)
3. mencari kehidupan yang better dr sekarang (hope dapat kerja lain @ bertukar ke tempat lain)
4. menunaikan impian2 yang tertunggak (poyo gile ayt ini)

"this is my blog. suka hati aku la nk tulis ape kn!"
(gambar di copy dari mr google)

SEE YA!

Monday, September 20, 2010

Kita Bebas utk Bermimpi.........

Erm...nampaknya sehingga post ini di tulis, wishlist yg Na tulis bulan 4 yg lalu, still tak tercAPAI LAGI. POoR....you! Maybe sbb xde usaha utk merealisasikannya. ni satu dari sikap negatif ku. OOuuwwhhhh.............i hate it!

Friday, September 17, 2010

Salam Lebaran~

sudah hampir seminggu hari raya berlalu.

happy@sedih@rindu semua feeling tu bercampur baur. rindu pada ramadhan yg meletihkn (mybe sbb dh gemok & tak tahan berlapar. hahaha....!), happy pada hari2 yang best yg dh dilalui (dpt hilangkn tension di kg) dan sedih pd dri sendiri sbb skrg dh agak sengkek (kenapa boros & perempuan begitu sinonim? hehehe.....!)
~MAAF ZAHIR BATIN PADA SEMUA YANG TELAH KU LUKAKAN HATINYA~

Tuesday, June 1, 2010

Oh My gOD!!!

aFTER NA PG KENDURI iko & Tengok baby Raje, na dan anis dan ana dan noor pegi la melepak2 kat secret recepi kt syuen tue. we all dengan lahapnye order la something utk mengisi perot yang lapa. huhuhu.....and i choose secret recipe fried rice with satay. ayat cm sedap. tapi rasanya, ya Allah..........xtau nk cakap. mybe i xmakan black paper kot. tu yang i xboleh telan benda mcmtu. sesampainye i kt kem, perot rase xsedap dan mcm nak muntah. pastu Na dengan tanpa syak wasangkanye terus tido. =P
lepas half and hour tido, i terjaga. rase pening2. bajet nk pegi basuh muke je. last2 masuk tolet, "uuwwekkkk". abis sume khazanah dalam perot terkeluar. iyeks!
memang tobat xmo makan fried rice tu lg.~~~~~~

Tuesday, March 16, 2010

Gambar-gambarku sewaktu bercanda bersama teman-teman







semua gambar ni ada juga dalam facebook saya. tapi saya saja galak nak upload kt sini pula. enjoy ya!

program tv kegemaran saya ANTM







NI gambar-gambar yg sy ambil dr web ANTM, sebab apa sy ambil? sebab saya sangat suke tengok program ni. bukan sebab model2 nya yang sexy, BUT sebab program ni memaparkan kesungguhan seseorang wanita itu untuk berjaya dalam bidang yang diminatinya. GIRL POWER!
Sebab tu la ada orang cakap, tanpa keberanian mimpi tak kan jadi kenyataan. So kita kene kejar impian kite. jangan simpan dalam diri shj.

Saturday, March 13, 2010

hidupku sgt sibuk.....

aku rse ni la blog plg boring sbb jarang di update dan di lihat org. bl dh keje rse nk bljr blk. bl dh bljr, rse nk keje je.
p/s:jgn pernah putus asa kalo kite belum mulakan apa2.
misi na adalah utk membeli brg idaman as soon as possible.
go girl go!

Thursday, January 21, 2010

zaman kecil lasykar pelangi.........

RINDU
cinta benar-benar telah menyusahkanku
ketika kita saling memandang saat sembahyang rebut
malamnya aku tak boleh tidur kerana wajahmu
tak mahu pergi dari kamarku
kepalaku pening sejak itu...
siapa dirimu?
yang berani merosak tidur dan selera makanku?
yang membuatku melamun sepanjang waktu?
kamu tak lebih dari seorang anak muda pengganggu!
namun ingin kukatakan padamu
setiap malam aku bersyukur kita telah bertemu
kerana hanya padamu, aku akan berasa rindu......


"kini sering kali aku bertanya pada diri sendiri:
berapakah jumlah pasangan yang telah mengalami cinta pertama, lalu hanya memiliki satu cinta itu dalam hidupnya, menikah dan kemudian hanya terpisah kerana Tuhan memanggil salah seorang daripada mereka. sedikit sekali! Atau mungkin tidak ada! Seperti kedua-dua jawapan tersebut boleh menjadi hipotesis yang meyakinkan untuk pertanyaan kecil seperti itu. Kerana itulah yang umumnya terjadi dalam dunia nyata.

cinta pertama memang tidak akan mati, tetapi ia juga tidak akan survive

sy bukan nk menceritakan tentang cinta pertama, tetapi cuma nk berkongsi sebahagian ayat-ayat indah di dalam novel lasyar pelangi. :-)

Saturday, January 16, 2010

diriku diuji Allah......

setiap masalah pasti ada jln pyelesaian. tapi macamne aku nk selesaikan masalah yang aku sendiri create? bencinye bila ade masalah macamni. sedih @ keliru @ buntu @ blurr...susahnye nk buat pilihan. walau ape pun yang jadi, hidup mesti berani untuk terima kenyataan. najiah cayok!!!
kata-kata dari seorang teman "kita boleh cinta kepada seseorang..tapi jangan juga terlalu mengedepankan perasaan,sampai tidak bisa berpikir jernih dan logis dalam mengambil keputusan.."
i hope i can do it! yeah!!!!

susahnya nk berdikari....

time keluar beli tiket dan donut td, tetibe hujan la pulak. terpaksa pergi kedai beli payung dan jalan kaki. nak tahan cab tak berhenti pun. bengang tol! habis basah jeans walaupun dh berpayung. huhuhuhu......rase sangat mencabar je. maybe ade hikmah disebaliknya. tp ape hikmahnye?? jeng jeng jeng.....

awas dengan barang "pig skin"!!!!

Dh 2 kali i terbeli brg 'pig skin'. Tension gile. Rasa tertipu. Tapi salah i juga sbb tak tengok betul2 time membeli tu. Time beli xmo check betul2. Bl dh sampi rumah baru la nampak yang benda tu diperbuat dArI pig skin. mula2 dulu beli shoes di Chadstone. Lepas tu semalam beli belt di Momoe. Balik rumah konon2 nak bergaya la skit. Rupe2nye pig skin jugak! terpaksa buang belt tu. Huhuhuhu....Rugi duit i....

Di pagi yang sejuk ini......

Seksanya kalau kita rindukn seseorg....
tetibe teringat bait2 lagu dalam filem 'Ada Apa Dengan Cinta'
"kata org rindu itu indah, namun bagi ku ini menyeksa. sejenak ku fikirkan, untuk ku benci saja dirimu, namun sulit ku membenci. pejamkan mata bilaku ingin bernafas lega, dalam anganku, aku berada di satu persimpangan jalan yang sulit ku pilih....."

Wednesday, January 6, 2010

WeLcOmE TO MY SITe





hi friends,




welcome to my site.

akhirnye berjaya jgk aku membina blog sendiri. first time berdikari dan berusaha sendiri tanpa meminta bantuan bf tersayang. Rase sangat2 happy dan teruja.



p/s: kenape aku takut nk buat keputusan ???
Mutiara Cinta (copy from diari cinta)
JANGAN sesekali mengucapkan SELAMAT TINGGAL jika kita masih mahu mencuba.
JANGAN sesekali meyerah jika kamu masih merasa sanggup.
JANGAN sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak melupakannya.




Beza Suka dan Cinta
Kita tidak akan merenung mata org yg kita cinta tp kita akan merenung mata orang yang kita suka.
Di depan org yg kita cinta, lidah kelu untuk berkata2 tp di depan orang yg kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.