Klik Nuffnang Ads

Tuesday, March 15, 2011

SEBELUM BELI KERETA

Now saya nak share 4 perkara yang perlu korang titik beratkan sebelum mengikut hati dan perasaan yang meronta-ronta untuk membeli kereta.....


1. Kos Insurans/Cukai Jalan
Harga insurans tahunan kereta baru lazimnya mencecah beribu ringgit. Makin baru kereta tu makin mahal la kos insurans kereta tersebut. So simpan la duit untuk setiap bulan untuk menampung kos insurans dan cukai jalan yang biasanya perlu diperbaharui serentak.

2. Kos Petrol
Cuba buat kira-kira, berapa RM perlu korang sediakan untuk menampung perbelanjaan petrol kereta kesayangan korang setiap bulan. Makin kerap kereta korang bergerak, makin banyak la petrol yang perlu diisi. Sebab tu la kebanyakkan orang beli kereta yang dapat menjimatkan minyak. (Viva)

3. Kos Tol/Touch & Go
Jika korang selalu melalui highways berbayar untuk pergi bekerja, memang sudah terang lagi bersuluh la bahawa kos tol ni mesti disenaraikan dalam list bajet korang. Tak nak bayar tol sila la naik motor.

4. Kos Servis kereta
Manusia kalo sakit perlu jumpa doktor. Sama juga lah dengan kereta kita tu. Makin jauh perjalanan kita, makin kerap la kita kene servis kereta tu. Biasanya mekanik akan tampal sticker yang tertulis kite perlu servis kereta berapa kilometre sekali atau tarikh perlu diservis.






Bagi yang membeli kereta guna duit makbapak @ boifren @ awek maybe tak perlu fikirkan sangat tentang ni. Maklumla orang sponsor kn! Tapi bagi yang membeli kereta dari hasil titik peluh sendiri, beringat la tentang perkara-perkara di atas. Taraf hidup makin meningkat la.

Banyak benda kene fikir lagi. Aduhhh........... !

4 comments:

  1. erm, xdpt beli kereta sebab lesen keta kena gantung :(

    ReplyDelete
  2. R/Tax & insurans - setahun sekali, petrol tak lah byk sangat sebab tmpt keja dekat, T n G pun jarang pakai, servis setahun 2/3 kali, tapi yang paling terasa is the monthly payments..hehe..

    ReplyDelete
  3. wow servis 2/3 skali sthn je?
    kalo byr donwpayment tggi, monthly xde byk sgt kot. +)

    ReplyDelete
  4. Nak beli. Tapi tak de duit. lagi satu baru nak buat lesen. Hehehe~

    ReplyDelete